Friday, June 1, 2012

latar belakang industri..


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan yang tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

            Merujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dll) yang dimakan secara sambil-sambilan. Industri makanan ringan adalah merupakan industri kecil dan sederhana (IKS). Industri ini dipelopori oleh kaum bumiputera yang tinggal dikawasan desa dan pedalaman kebiasaannya. Terdapat pelbagai cabang pernigaan produk serta perkhidmatan yang diusahakan oleh perniagaan IKS. Antaranya termasuklah produk-produk makanan tradisi, kraftangan, pakaian dan pelbagai lagi.



No comments:

Post a Comment