Saturday, June 2, 2012

Friday, June 1, 2012

penawaran produk/ perkhidmatan



            AKUKU menawarkan produk dan perkhidmatan kepada para pengguna. AKUKU menawarkan produk makanan tradisional seperti kerepek, rempeyek, biskut dan keropok. AKUKU juga menawarkan perkhidmatan untuk memasarkan produk-produk yang dihantar oleh usahawan-usahawan kecil yang tidak mempunyai keupayaan atau pengetahuan untuk memasarkan produk mereka. Setakat ini AKUKU memasarkan lebih kurang 52 jenis aneka biskut dan 32 jenis aneka kerepek sama ada yang dihasilkan sendiri atau diambil dari pembekal.  Kesemua produk AKUKU boleh didapati diseluruh stesen minyak BHP, Caltex, Petronas dan Shell diseluruh semenanjung.

latar belakang syarikat


            Akuku Food Industry (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun1997 dan dikenali sebagai Perniagaan Mat Zin. Namun perniagaan pada peringkat awalnya hanya bermula secara kecil-kecilan dari rumah sahaja. Namun Encik Mat Zin, pengasas AKUKU telah mengambil inisiatif dengan membuka bengkel pembuatan makanan tradisional di Meru, Klang. Selepas peningkatan dalam hasil jualan dan mendapat permintaan yang tinggi dari pengedar dan pembekal, Encik Mat Zin memutuskan untuk mendirikan sebuah kilang diatas tanah pusaka arwah ibunya yang juga merupakan lokasi kilang sekarang. Berkat usaha dan kegigihannya, kilang AKUKU yang ditubuhkan pada tahun 2005 sehingga sekarang, AKUKU mampu berdiri dengan sendiri dan mempunyai pelanggan yang tersendiri.  Pada 2011, AKUKU secara rasminya mendaftarkan syarikatnya sebagai sebuah perniagaan industrial food.
           
            Berpegang pada sanggup menghadapi risiko dan bertanggungjawab untuk membantu keluarga, Encik Mat Zin membulatkan tekadnya untuk mengharungi segala dugaan untuk memastikan AKUKU berada dimana sahaja untuk keperluan pelanggan. Perkataan AKUKU digunakan sebagai nama syarikat adalah berasal dari AKU dan KU dimana ianya bermaksud syarikat ini untuk Encik Mat Zin dan kelesuruhan keluarganya. Ianya dapat dilihat apabila ahli lembaga syarikat terdiri dari isteri Encik Mat Zin dan anak-anaknya sendiri.
           
            Setakat ini, AKUKU mempunyai pekerja seramai 40 orang dan aset tetap syarikat setakat ini adalah  empat biji lori 3 tan dan sebiji lori 14 tan, pelbagai jenis mesin (mesin pemotong, pengisar, menggoreng,menguli,mengadun,membungkus) .

 Lokasi

            Kilang AKUKU terletak di kawasan pedalaman di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor. Walaupun ia dikelilingi dengan kawasan rumah penduduk kampung, tetapi kilang AKUKU mempunyai kawasan tanah lapang yang sangat luas dan ini memudahkan pembekal, pengedar dan lori untuk keluar masuk. Disebabkan kawasan AKUKU dibina pagar, jadi ianya tidak mengganggu dan menghalang laluan penduduk kampung.