Saturday, June 2, 2012

gambar 3..

ahli-ahli kumpulan.... :)






gambar 2

gambaran sekitar kilang AKUKU...






gambar 1

sesi menggoreng keropok...

mengadun tepung...

menguli keropok lekor


memotong keropok...

ok untuk mengetahui lebih lnjut tntg kkuatn, klemahn, fishbone.. group km ada sediakan sedikit buah tgn untuk anda smua...


http://www.scribd.com/doc/95660832
adeih... cmna nk msukkn slide yer...xrti plak... :(

Friday, June 1, 2012

penawaran produk/ perkhidmatan



            AKUKU menawarkan produk dan perkhidmatan kepada para pengguna. AKUKU menawarkan produk makanan tradisional seperti kerepek, rempeyek, biskut dan keropok. AKUKU juga menawarkan perkhidmatan untuk memasarkan produk-produk yang dihantar oleh usahawan-usahawan kecil yang tidak mempunyai keupayaan atau pengetahuan untuk memasarkan produk mereka. Setakat ini AKUKU memasarkan lebih kurang 52 jenis aneka biskut dan 32 jenis aneka kerepek sama ada yang dihasilkan sendiri atau diambil dari pembekal.  Kesemua produk AKUKU boleh didapati diseluruh stesen minyak BHP, Caltex, Petronas dan Shell diseluruh semenanjung.

latar belakang syarikat


            Akuku Food Industry (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun1997 dan dikenali sebagai Perniagaan Mat Zin. Namun perniagaan pada peringkat awalnya hanya bermula secara kecil-kecilan dari rumah sahaja. Namun Encik Mat Zin, pengasas AKUKU telah mengambil inisiatif dengan membuka bengkel pembuatan makanan tradisional di Meru, Klang. Selepas peningkatan dalam hasil jualan dan mendapat permintaan yang tinggi dari pengedar dan pembekal, Encik Mat Zin memutuskan untuk mendirikan sebuah kilang diatas tanah pusaka arwah ibunya yang juga merupakan lokasi kilang sekarang. Berkat usaha dan kegigihannya, kilang AKUKU yang ditubuhkan pada tahun 2005 sehingga sekarang, AKUKU mampu berdiri dengan sendiri dan mempunyai pelanggan yang tersendiri.  Pada 2011, AKUKU secara rasminya mendaftarkan syarikatnya sebagai sebuah perniagaan industrial food.
           
            Berpegang pada sanggup menghadapi risiko dan bertanggungjawab untuk membantu keluarga, Encik Mat Zin membulatkan tekadnya untuk mengharungi segala dugaan untuk memastikan AKUKU berada dimana sahaja untuk keperluan pelanggan. Perkataan AKUKU digunakan sebagai nama syarikat adalah berasal dari AKU dan KU dimana ianya bermaksud syarikat ini untuk Encik Mat Zin dan kelesuruhan keluarganya. Ianya dapat dilihat apabila ahli lembaga syarikat terdiri dari isteri Encik Mat Zin dan anak-anaknya sendiri.
           
            Setakat ini, AKUKU mempunyai pekerja seramai 40 orang dan aset tetap syarikat setakat ini adalah  empat biji lori 3 tan dan sebiji lori 14 tan, pelbagai jenis mesin (mesin pemotong, pengisar, menggoreng,menguli,mengadun,membungkus) .

 Lokasi

            Kilang AKUKU terletak di kawasan pedalaman di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor. Walaupun ia dikelilingi dengan kawasan rumah penduduk kampung, tetapi kilang AKUKU mempunyai kawasan tanah lapang yang sangat luas dan ini memudahkan pembekal, pengedar dan lori untuk keluar masuk. Disebabkan kawasan AKUKU dibina pagar, jadi ianya tidak mengganggu dan menghalang laluan penduduk kampung.

 
kakitangan AKUKU...


profil syarikat


Nama Syarikat             :           AKUKU FOOD INDUSTRY (M) SDN BHD

No. Syarikat                :           684932-V

Tarikh Penubuhan       :           18 Mac 2005

Jenis syarikat               :           Syarikat Persendirian

Alamat                        :           Lot 7094, Jln Haji Yusof 2, Kampung Jenjarom,
                                                42600 Jenjarom, Kuala Langat, Selangor

Tel/Faks                       :           03-31914899

No.H/P                        :           019-2733707 / 019-3726803

E-mail                          :           akuku_food@yahoo.com

Perkhidmatan              :           Membuat dan mengedar makanan ringan

Modal Awal                :           RM1,000,000

Modal Dibenarkan      :           RM1,000,000

Ahli Lembaga &         :           1) Mat Zen b Masum (Managing Director)
Pemegang Saham                    2) Khatijah bt Ahmad (Asist.Manager & Acc Manager)
                                                3) Muhammad Hafis b Masum (Marketing Manager)
                                                4) Hairuzamil b Ahmad (Production Manager)

Waktu Operasi            :           8.00 pagi-5.00 petang
Nama Bank                 :           Public Bank

No.akaun Bank           :           3983205621

Keluasan Kilang          :           12400 kaki persegi

Pengeluaran                 :           6 hari seminggu

Bil.Pekerja                   :           40 orang

latar belakang industri..


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan yang tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

            Merujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dll) yang dimakan secara sambil-sambilan. Industri makanan ringan adalah merupakan industri kecil dan sederhana (IKS). Industri ini dipelopori oleh kaum bumiputera yang tinggal dikawasan desa dan pedalaman kebiasaannya. Terdapat pelbagai cabang pernigaan produk serta perkhidmatan yang diusahakan oleh perniagaan IKS. Antaranya termasuklah produk-produk makanan tradisi, kraftangan, pakaian dan pelbagai lagi.



assalamualaikum...

tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan bagi subjek BJMP2033 PENGURUSAN OPERASI DAN PENGELUARAN.. di mana setiap kumpulan ditugaskan untuk melaporkan segala operasi yang berkaitan dengan kilang atau perniagaan yang mereka pilih... ahli kumpulan kami telah memilih kilang AKUKU FOOD INDUSTRY iaitu kilang makanan ringan sebagai projek kami... jadi terimalah... <3