ahli-ahli kumpulan.... :)
AKUKU FOOD INDUSTRY (M) SDN BHD
Saturday, June 2, 2012
ok untuk mengetahui lebih lnjut tntg kkuatn, klemahn, fishbone.. group km ada sediakan sedikit buah tgn untuk anda smua...
http://www.scribd.com/doc/95660832
http://www.scribd.com/doc/95660832
Friday, June 1, 2012
penawaran produk/ perkhidmatan
AKUKU
menawarkan produk dan perkhidmatan kepada para pengguna. AKUKU menawarkan produk
makanan tradisional seperti kerepek, rempeyek, biskut dan keropok. AKUKU juga
menawarkan perkhidmatan untuk memasarkan produk-produk yang dihantar oleh
usahawan-usahawan kecil yang tidak mempunyai keupayaan atau pengetahuan untuk
memasarkan produk mereka. Setakat ini AKUKU memasarkan lebih kurang 52 jenis
aneka biskut dan 32 jenis aneka kerepek sama ada yang dihasilkan sendiri atau
diambil dari pembekal. Kesemua produk
AKUKU boleh didapati diseluruh stesen minyak BHP, Caltex, Petronas dan Shell
diseluruh semenanjung.
latar belakang syarikat
Akuku
Food Industry (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun1997 dan dikenali sebagai
Perniagaan Mat Zin. Namun perniagaan pada peringkat awalnya hanya bermula
secara kecil-kecilan dari rumah sahaja. Namun Encik Mat Zin, pengasas AKUKU
telah mengambil inisiatif dengan membuka bengkel pembuatan makanan tradisional
di Meru, Klang. Selepas peningkatan dalam hasil jualan dan mendapat permintaan
yang tinggi dari pengedar dan pembekal, Encik Mat Zin memutuskan untuk
mendirikan sebuah kilang diatas tanah pusaka arwah ibunya yang juga merupakan
lokasi kilang sekarang. Berkat usaha dan kegigihannya, kilang AKUKU yang
ditubuhkan pada tahun 2005 sehingga sekarang, AKUKU mampu berdiri dengan
sendiri dan mempunyai pelanggan yang tersendiri. Pada 2011, AKUKU secara rasminya mendaftarkan
syarikatnya sebagai sebuah perniagaan industrial food.
Berpegang
pada sanggup menghadapi risiko dan bertanggungjawab untuk membantu keluarga,
Encik Mat Zin membulatkan tekadnya untuk mengharungi segala dugaan untuk
memastikan AKUKU berada dimana sahaja untuk keperluan pelanggan. Perkataan
AKUKU digunakan sebagai nama syarikat adalah berasal dari AKU dan KU dimana
ianya bermaksud syarikat ini untuk Encik Mat Zin dan kelesuruhan keluarganya.
Ianya dapat dilihat apabila ahli lembaga syarikat terdiri dari isteri Encik Mat
Zin dan anak-anaknya sendiri.
Setakat
ini, AKUKU mempunyai pekerja seramai 40 orang dan aset tetap syarikat setakat
ini adalah empat biji lori 3 tan dan
sebiji lori 14 tan, pelbagai jenis mesin (mesin pemotong, pengisar,
menggoreng,menguli,mengadun,membungkus) .
Lokasi
Kilang
AKUKU terletak di kawasan pedalaman di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor.
Walaupun ia dikelilingi dengan kawasan rumah penduduk kampung, tetapi kilang
AKUKU mempunyai kawasan tanah lapang yang sangat luas dan ini memudahkan
pembekal, pengedar dan lori untuk keluar masuk. Disebabkan kawasan AKUKU dibina
pagar, jadi ianya tidak mengganggu dan menghalang laluan penduduk kampung.
Subscribe to:
Posts (Atom)